KENAPA KITA HARUS BERBEKAM

Perlunya Bekam

Sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati selepas 3 bulan (90 hari). Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.
Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh. Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
"Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya."
Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah.


 Nabi SAW bersabda: “Sungguh tanggal yang terbaik untuk melakukan hijamah adalah tanggal 17, 19 dan 21.”
 
Rasulullah SAW melakukan hijamah pada tanggal 17, 19 dan atau tanggal 21.”

Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang melakukan hijamah dari suatu bulan tepat tanggal 17, 19 atau 21 maka baginya ubat dari segala penyakit.”


Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang ingin melakukan hijamah maka hendaknya ia memilih tanggal 17, 19 dan atau 21.”


Bekam adalah perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang diamalkan sejak zaman dahulu kini di modenkan mengikut kaedah ilmiah dan efektif tanpa memberikan kesan sampingan.


Bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara, mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna, zat pengembang, penyedap rasa, pemanis, racun dari sayuran dan sebagainya.
Bekam adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan.
Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan, bisa dan sejenisnya.

AMALAN BERBEKAM MENINGKATKAN KUALITI KESIHATAN DIRI


Bagi individu diluar sana yang sering mengamalkan perubatan bekam sunnah, anda pasti menyedari bahawa kualiti kesihatan badan anda akan terasa meningkat dari masa ke semasa. Berbekam secara umum adalah proses penyahtoksidan badan melalui pengeluaran darah kotor, jadi jika kita kerap berbekam, maka semakin hari semakin kuranglah kandungan toksid dalam darah dan dalam masa yang sama semakin banyak penghasilan sel darah merah yang baru serta sel darah putih yang menyumbang kepada peningkatan antibodi dalam badan amnya...inilah namanya mukjizat bekam...

Ini adalah satu berita baik untuk penderita penyakit kencing manis, amalan berbekam sebulan sekali amatlah bagus bagi mereka kerana kandungan gula dalam saluran darah agak berkurangan sejurus selesai proses berbekam. Bagi orang yang sihat pula, selagi mereka konisisten berbekam sebulan sekali, maka ia akan dihindari dari terkena penyakit kencing manis diusia tua nanti, insyaAllah



HUBUNGI :-
Rohani 
Call/Whatsapp - 011 63518322

BEKAM WANITA MERU
www.bekammeru.blogspot.com


No comments:

Post a Comment