BEKAM ATAU HIJAMA
Bekam sudah dikenali sejak 4,000 tahun sebelum Masihi, iaitu kerajaan
Sumeria, kemudian terus berkembang sampai negeri Babylon, kerajaan
Mesir kuno, negeri Saba’, dan kerajaan Parsi. Alat yang digunakan pun
sangat tradisional yakni tanduk kerbau/lembu, tulang unta, gading gajah
dan buluh.
Di Mesir, bekam sudah bermula sejak zaman kekuasaan Fir’aun, sekitar
2,500 tahun sebelum Masihi. Pada masa kekuasaan Fir’aun Ramses II
kira-kira 1,200 tahun sebelum Masihi, secara tidak sengaja pada masa itu
banyak orang-orang yang dilempari batu lalu terjadi lebam bengkak.
Setelah dikeluarkan darahnya, banyak yang sembuh penyakitnya.
Perubatan bekam juga sudah umum dipakai para tabib di sana
bersama-sama dengan jenis perubatan lainnya. Dalam melakukan bekam, para
tabib memakai pedoman titik-titik tertentu di tubuh pesakit. Dalam
menentukan titik-titik itu, mereka menggunakan pedoman dalam lembaran
papyrus. Di dalamnya telah digambarkan titik-titik ath-tho’ atau at-ta’
ataupun tun, namun belum lengkap. Tiada perbezaan antara titik-titik
besar dan titik-titik kecil. Gambar tersebut digunakan para tabib untuk
pedoman perubatan.
Disebutkan oleh Curtis N, J (2005), dalam artikel “Management of
Urinary Tract Infections: Historical Perspective And Current Strategies:
Part 1-before Antibiotics. Journal of Urology”. 173(1):21-26, January
2005 bahwa catatan buku teks kedoktoran tertua Ebers Papyrus yang
ditulis sekitar tahun 1,550 sebelum Masihi di kerajaan Mesir kuno
menyebutkan masalah berkenaan bekam.
Pada zaman Nabi Yusuf di Mesir terdapat kaum Bani Israil. Di antara
mereka ada yang terkenal sebagai ahli perubatan dengan bekam ini. Namun,
hanya orang-orang tertentu yang berubat dengan menggunakan kaedah ini.
Di Parsi, yang berkuasa sekitar 3,000 tahun sebelum Masihi, bekam
berkembang bersama pengobatan fashid, iaitu perubatan untuk mengeluarkan
darah dari tubuh. Bekam juga sudah ada di daerah Suriah dan
Iskandariyah bersama pengobatan fashid, kay, pembedahan, ramuan herba,
tumbuh-tumbuhan laut, akar-akaran, biji-bijian, bunga, dan
getah-getahan. Pada saat itu, para tabib menggunakan bekam untuk
perubatan para raja. Tabib-tabib terkenal hanya menurunkan ilmu
perubatannya kepada murid-murid terpilih.
Di China, bekam berkembang sekitar 2,500 tahun sebelum Masihi sebelum
berkuasanya Dinasti Yao. Kaedah bekam berkembang dengan berdasarkan
titik-titik akupuntur. Pada zaman China Kuno, seorang herbalis bernama
Ge Hong (tahun 281-341 Masihi) dalam bukunya “A Handbook of
Prescriptions for Emergencies” menggunakan tanduk haiwan untuk
membekam/mengeluarkan bisul yang disebut teknik “jiaofa” sedangkan di
masa Dinasti Tang, bekam dipakai untuk mengubati TBC [tuberculosis]
paru-paru .
Pada kurun abad ke-18 (abad ke-13 Hijriyah), orang-orang di Eropah
menggunakan lintah (al-‘alaq) sebagai alat untuk bekam (dikenal dengan
istilah Leech Therapy) dan masih dipraktikkan sampai sekarang.
Hippocrates (tahun 460-377 sebelum Masihi), Celsus (tahun 53 sebelum
Masihi-7 Masihi), Aulus Cornelius Galen (tahun 200-300 Masihi)
mempopularkan cara pembuangan secara langsung dari pembuluh darah untuk
penyembuhan di zamannya. Dalam melakukan teknik perubatan tersebut,
jumlah darah yang dikeluarkan cukup banyak sehingga banyak pesakit yang
pitam. Cara ini juga sering digunakan oleh orang Rom, Yunani, Byzantium
dan Itali oleh para rahib yang meyakini akan keberhasilan dan
khasiatnya.
Pengeluaran darah pada zaman Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam
menggunakan alat sedutan diperbuat dari tulang unta (Lahyil jamal)
dengan sayatan menggunakan syafrah (شفرة) yakni pisau besi yang
hujungnya tirus tanpa pemegang bermata satu atau dua. Kaedah ini sangat
dikenali dan dianjurkan oleh Rasulullah saw hingga saat ini.
Pada masa perkembangan Islam sekitar tahun 30 Hijrah di Baghdad, bekam
merupakan perubatan yang paling maju ketika itu. Mereka menggunakan
bekam bersama al-kayy, fashid, dan bekam jubb, iaitu bekam yang khusus
terbuat dari gelas kaca yang indah. Pisaunya pun khusus, bentuknya kecil
dan tajam. Pisau itu direbus dulu untuk disterilkan. Para juru bekamnya
pun bermacam-macam, dari yang hanya belajar turun-temurun, pembekam
jalanan, hingga ahli bekam yang berpendidikan tinggi seperti di akademi
kedoktoran Jundi Syahpur, daerah Harran, Syam, mahupun di Iskandariah,
Mesir. Kerana itu, bekam dan fashid yang dilakukan berdasarkan ilmu
kedoktoran ketika itu sangat berbeza dengan bekam yang dilakukan para
juru bekam yang tidak berpendidikan kedoktoran.
Sumber : Dr. Wadda’ Amani Umar “Sembuh Dengan Satu Titik: Al-Qowam”
No comments:
Post a Comment