Berbekam Sembuh Dari Penyakit

Masih tertanya-tanya kebaikan bekam?
Tahukah anda bahawa berbekam telah lama diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat dan diakui berjaya merawat pelbagai penyakit. Dan yang terbaru golongan atlit telah melakukan bekam untuk kesihatan dan kecergasan mereka . Jadi, Jom kita berbekam!


Kebaikan berbekam
  • Membuang toksid dan kotoran dari badan
  • Meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang
  • Mencegah dan merawat penyakit
  • Melancarkan pengaliran darah dalam badan
  • Menguatkan system imuniti badan
  • Mengurangkan ketegangan (stress)
  • Mengeluarkan kolestrol berlebihan di dalam darah.
  • Dapat mengatasi kemalasan,kelesuan dan banyak tidur
  • Sangat berkesan mengatasi racun
  • Dapat mengatasi sakit kepala dan migrain
  • Menajamkan penglihatan , peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan mata menjadi kabur.
  • Membantu meringankan tubuh. Darah kotor dan toksid yang berada di bawah kulit membuatkan badan menjadi berat dan malas.
  • Mengatasi gangguan tekanan darah.
  • Membantu memecahkan lemak.
  • Membantu buang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • Merawat berbagai jenis penyakit yg tidak boleh diubati dengan kaedah rawatan moden
  • Awet Muda
  • Merawat masalah lemah syahwat ( tenaga batin ).
  • Dapat mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam pengubatan
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit” 

Bekam dapat merawat pelbagai jenis penyakit dalam tubuh kita. Antaranya resdung, jerawat, migrain, angin, darah tinggi, jantung, kolestrol, kebas-kebas, asid urik yang berlebihan dll.




Tak tahu dimana nak berbekam/?
Hubungi Pusat Rawatan Bekam Wanita Meru,
Pn. Rohani 011-63518322 
Pn. Rohani 011-63518322

Keperluan Untuk Berbekam



Mengapa kita harus berbekam?
Selepas 80 hingga 120 hari, sel-sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati dan dibuang oleh hati (liver) akan tetapi, tidak kesemuanya dapat dikeluarkan. Oleh kerana sifatnya yang melekit dan tidak berfungsi, lama-kelamaan mereka akan memenuhi ruang-ruang urat kecil yang dipanggil kapilari , baik di sekeliling organ-organ penting dan juga di bawah kulit. Sel-sel mati ini akan dibawa oleh arus perjalanan darah yang laju ke semua bahagian tubuh, dari kepala hinggalah ke kaki. Ia akan melekat diantara satu sama lain dan bercampur dengan asid urik, urea dan toksin.
Sabda Rasulullah saw – “Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam dibahagian tengkuk,kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit” (Hadis riwayat At Thabrani)



Apakah yang akan terjadi jika kita tidak melakukan rawatan bekam?
Sel-sel darah mati yang masih tertinggal di dalam sistem perjalanan darah akan menjadi faktor utama yang menyebabkan tersumbatnya urat kapilari kita.
Kapilari bercantum dengan urat lain yang lebih besar di dalam tubuh seperti “vein” dan “artery”.  Jadi, walaupun “vein” dan “artery” tidak tersumbat namun jika “capillaries” tersumbat, seluruh perjalanan darah akan turut terjejas.
Kesannya adalah pelbagai sistem tubuh akan terganggu dan akan menyebabkan tidak sempurnanya fungsi organ seperti limpa, ginjal dan hati. Akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Gejala-gejala awal menunjukkan bahawa  tubuh kita telah dipenuhi darah kotor yang tersumbat adalah seperti  lesu, letih, kebas kaki & tangan, sering pening dan mudah mengantuk.

Dari Ibnu ‘Abbas r.a., dia bercerita: “Nabi Allah s.a.w. bersabda:“Sebaik-baik hamba adalah tukang bekam, mengeluarkan darah dan meringankan tulang rusuk serta memperjelaskan pandangan.”(Sunan Abni Majah)


Ingin Berbekam Untuk Kesihatan?
Buat temujanji bersama Pusat Rawatan Bekam Wanita Meru,
Pn. Rohani 011-63518322 
Pn. Rohani 011-63518322
 

Sakit Kepala vs Bekam

RAWATAN BEKAM UNTUK SAKIT KEPALA

SAKIT KEPALA 

Sakit kepala atau sefalgia adalah rasa sakit atau rasa tidak selesa yang terjadi di bahagian kepala dan kadang-kadang merebak ke wajah, gigi, rahang, leher, mata, hidung, atau telinga. Keluhan seperti rasa tidak selesa, rasa berat, menusuk-nusuk atau berdenyut yang boleh diikuti dengan mual, muntah dan wajah kemerahan.

Titik Bekam 

Dapat dilakukan bekam dikanan atau dikiri tengkuk, ditengah-tengah antara batas rambut bahagian belakang dan telinga bahagian bawah. Iaitu pada pertengahan hujung otot Sternokleidomastoideus dan otot Trapezius.
Titik ini sangat baik untuk dibekam, kerana merupakan pertemuan banyak saraf kepala, salur darah dan pertemuan otot-otot penting leher dan kepala. Selain itu, juga dapat meningkatkan chi dan aliran darah melingkari titik ini.

credit to author







Anda ingin berbekam?
Hubungi, Pusat Rawatan Bekam Wanita Meru,
Pn. Rohani 011-63518322
Pn. Rohani 011-63518322



Kencing Manis vs Bekam


RAWATAN BEKAM BAGI MENGATASI DIABETES (KENCING MANIS)

DIABETES

Diabetes atau Diabetes Mellitus adalah penyakit yang ditunjukkan oleh peningkatan paras gula dalam darah akibat kelemahan pankreas dalam menghasilkan insulin(hormon untuk menurunkan kembali paras gula dalam darah) atau insulin tidak dapat diserap kedalam sistem peredaran darah kerana berlaku penyumbatan pada reseptornya. Atau boleh jadi kedua-duanya sekali.
ANATOMI PANKREAS

JENIS-JENIS DIABETES
  •  Diabetes jenis pertama : Biasanya terjadi pada orang yang berusia muda dan jarang terjadi pada orang yang berusia lanjut. Pada umumnya, penyakit ini muncul pada orang-orang yang berbadan kurus. Kadar insulin yang dihasilkan oleh kelenjar pankreas biasanya sedikit dan disertai dengan lemahnya tidakan sel-sel beta di langerhans pada pankreas untuk menghasilkan insulin. Penderita diabetes jenis ini memerlukan suntikan insulin dari luar. Dalam beberapa kajian menunjukkan sel-sel beta pada langerhans ini menjadi lemah akibat daripada jangkitan virus dan beberapa undur kimia.
  • Diabetes jenis kedua :  Biasanya lebih ringan berbanding jenis pertama. Pada umumnya terjadi pada orang yang telah lanjut usia. Umumnya diabetes jenis ini tidak diketahui penyebabnya.
Baki daripada hasil metabolisma usus (visceral metabolites) yang terenap di vena portal menyebabkan metabolisma hati menjadi lambat dan meningkatkan kadar glukosa yang keluar daripadanya. Ini akan menyebabkan kadar glukosa meningkat dalam darah.
SIMPTOM-SIMPTOM DIABETES

# kerap membuang air kecil
# meningkatnya rasa lapar
# meningkatnya rasa haus
# jika dibiarkan berterusan, boleh memberi kesan kepada salur darah, retina mata dan ginjal.
# kekebasan
#kelemahan seksual
Titik Bekam 
Boleh dibekam di titik organ yang terlibat, titik merian bagi hati, hempedu dan usus, dan juga bekam titik umum sangat membantu dalam proses penyembuhan.
proses ulangan sangat penting dalam rawatan bekam. 
InsyaAllah, semoga para persakit diabetes yang membaca artikel ini menemui jalan pengubatan terbaik untuk penyakitnya, dan sudah pasti ianya adalah dengan cara berbekam kerana asas keyakinan itu terletak pada hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik:
Sesungguhnya cara pengubatan yang paling baik untuk kalian adalah dengan berbekam.

credit to author

Sekiranya anda ingin berbekam hubungi,
 
Pusat Bekam Wanita Meru
Pn. Rohani 011-63518322
Pn. Rohani 011-63518322